Monday, December 10, 2007

Awak

Sorry said...
I don't think i've ever called you time you kat melbourne, bukan taknak tp segan.
Bukan niat nak cari bila ada masalah je, tp dah memang you je yang boleh calm me down.
Bukan taknak tanyakan khabar, tp dah tau you tgh stress exams.
I bought you a birthday present, sebab nak tunjuk yang i appreciate that you were there for me masa you pun tgh serabut.

Ok conclusion, am sorry.

December 10, 2007 3:50 AM




Saya tak maksudkan blog tu untuk awak lah =)
Saya sayang awak, dan saya tau awak sayang saya =)))

Sunday, December 9, 2007

Selfish

Lelah.

Penat sekali menjaga hati orang lain. Penat menjaga hati rakan dan keluarga. Capik. Capik. Capik.

Kenapa?

Sebab selalu letakkan mereka dahulu sebelum diri saya. Bila mereka kebuntuan, hilang tanpa arah tujuan, saya lah yang dicari, saya lah terpaksa korbankan masa belajar saya ini nak menabur idea yang terpaksa saya kerah dari otak yang dah tepu ini.

Dan tentu sekali lelah menjaga hati yang itu. Sabar sahaja walau hati saya terguris, terluka. Senyap sahaja saya tak bilang apa apa. Tentu tak sedar hati saya dah calar balar mengalahkan kancil dilapah harimau. Tak sedar dia sahajalah yang betul, hati dia sahajalah yang perlu dijaga. Saya pula bila merajuk sekarang, jarang dipujuk. Dibalas kata kata pedih. Sedangkan saya yang terluka dahulu, bukan betah dirinya mahu menghulur kata maaf. Konon kononnya enteng sahaja perkara yang dimerajukkan. Tidak sedar agaknya makin membuat saya makan hati.

Biar sahaja saya pujuk hati kecil ini. Dah dua bulan pun pujuk hati sendiri, apa salahnya teruskan. Biar saya telan pahit, biar saya telan pedih. Biar beratus kali diri dimaki, biar beribu kali terluka, entah apa saya nanti, saya pun tidak tahu. Menanti satu hari bila hati saya sudah mati, menanti hari pabila hati saya terlalu penuh dengan calar dan luka, sehingga jatuh berkecai, sehingga tidak dapat dicantum balik. Dan tatkala itu, itulah hari kebesaran si dia. Biar dia puas tahu bahawa dendam yang dia simpan selama ini sudah terbalas. Biar dia lihat betapa rapuhnya gadis kecil ini di matanya. Biar dia lihat betapa mudahnya si gadis kecil itu hancur. Tentu akan dia tempelak, bahawa saya yang lebih banyak melukakan hatinya. Tidak sedar pula bagaimana keadaan hati saya. Tidak sedar berapa kali saya pohon Tuhan cabut nyawa saya sahaja. Tidak. Begitulah dunia kan. Orang fikir mereka sahaja yang betul.

Rakan pula bagaimana?

Rakan rakan pula mengharap saya sentiasa menelefon. Kecil hati juga. Ada mereka yang fikir mahu menelefon saya? Hantar mesej pun jarang sekali, kalau nak mengharap dengar suara mereka itu, memang takkan lah. Bukan sahaja rakan, yang lain semua sama. Dan bila lama saya tak menelefon, ada lah yang bertanya, Eh asal tak telefon? Mahu sahaja ditempelak, ditabur marah yang disimpan rapi, tetapi digula gulakan ayat saya, dimanis maniskan tutur cara, memberi pelbagai alasan untuk menjaga hati mereka.

Dan tentunya ada yang membalas balik, kami lah yang membantu awak tatkala kesusahan. Terima kasih, saya tahu kamu semua memang baik. Tetapi muka inilah yang terus menelefon kamu semua bila dilanda masalah, dan tatkala diri saya yang buntu dan kehilangan,ada yang menelefon? Tidak. Saya yang mencari anda semua.

Hendak memberi alasan saya yang lebih berduit, maka saya yang patut menelefon? Begitulah kamu semua lihat persahabatan saya seperti itu? Salah kah telefon seminit dua sekadar bertanya khabar? Bukan saya pinta perbualan 3 jam tanpa henti. Tidak, tidak sekali. Cukup sekadar mengetahui ada yang hargai nilai persahabatan saya.

Dan tiada pula yang fikir, mereka terus kecilkan hati saya menjelang peperiksaan, membuat saya tidak boleh fokus pelajaran.

Tahniah lah anda semua, sekali lagi membuat semangat belajar saya ranap.

Dan mungkin saya akan menyesal menulis entri yang ini, mungkin sebab hati terlalu pedih sekarang. Dan esok pabila saya bangun, perasaan bersalah akan bersarang di lubuk hati saya, kerana mempersoalkan persahabatan dan cinta yang ada.

Tapi cukuplah hati saya terluka. Cukuplah perasaan saya dipijak. Sekurang kurangnya saya melepaskan geram saya di sini, dan kembali menggula gulakan tutur cara.

Saturday, December 8, 2007

L a p a n b e l a s

Lama tak menulis kan?

Sibuk dengan peperiksaan, dengan hal hal kolej, dengan hal rakan rakan.

Jujurnya tidak berminat hendak menulis buat masa ini.



Sedih barangkali.

Tuesday, December 4, 2007

4 Disember 2007
1.07 pagi


Hati terguris lagi

Thursday, November 29, 2007

I'm such a loser.

Wednesday, November 28, 2007

The Girl With The Broken Smile

Gadis kecil itu menangis lagi. Tidak putus air mata berjurai keluar dari matanya yang bundar. Sayu. Dan di sebalik lipatan lipatan selimut putihnya, tiada siapa tahu jeritan dan rintihan hati kecil itu.

Di mana letak harga gadis kecil itu? Tidak ternilai atau ibarat sampah yang dicampak, ditendang ke sana ke mari lalu ada yang menyapunya ke dalam longkang yang jijik dan penuh hina?

Dan di mana letaknya nilai penantian gadis kecil itu di mata sang lelaki itu? Di mana gadis kecil itu tetap menanti dengan penuh sabar meski dilempar nista dan cacian, direndah rendahkan martabatnya di khalayak ramai? Si gadis kecil itu setia menanti, tidak goyah azamnya, tidak lentur semangatnya.

Namun, siapakah yang dapat tahu perasaan gadis kecil itu? Mereka hanya nampak linangan air matanya, gelak tawa palsunya, senyumnya yang dipaksa. Tiada yang dapat melihat jauh dalam hatinya yang lemah disalut calar?

Ada yang nampak betapa remuk hatinya di kala sang lelaki tercinta merendahkan maruahnya? Ada yang lihat betapa berkecainya jiwa gadis kecil itu bila disantap dengan caci maki dan hina sang lelaki itu? Dan apa si gadis kecil itu lakukan? Menanti dengan penuh harapan, dengan cintanya yang mendalam.

Dan tatkala sang lelaki itu datang kembali, tiada yang lebih gembira dari gadis kecil itu. Terubatlah hatinya sekian lama. Dan senyuman yang diberi ikhlas, tidak dipaksa lagi.

Dan gadis kecil itu menanti dengan penuh harapan akan kata maaf yang akan muncul dari mulut sang lelaki. Dan gugurnya air mata gadis kecil itu lagi, apabila sang lelaki langsung tidak meminta maaf. Malah sang lelaki ingin pergi lagi sekali, meninggalkan gadis kecil itu keseorangan.

Dan lagi sekali, gugurlah air mata gadis kecil itu,
Dan lagi sekali, lahirlah senyuman yang dipaksa oleh gadis kecil itu.
Dan lagi sekali, tertunggu tunggulah gadis kecil itu keseorangan.

Di mana letaknya nilai gadis kecil itu?
Tiada.
Gadis kecil itu ibarat sampah, ditolak dan ditarik, tetapi tidak berganjak.
Jiwa gadis kecil itu sangatlah hina, di mana boleh dipijak dan diludah.



Di situ sahaja, menanti untuk sesuatu yang tidak pasti.
Itulah nilai sebenar gadis kecil itu, ibarat sampah.

Tuesday, November 27, 2007

The Notebook

Young Noah: We can just finish out the summer and see what happens then.
Young Allie: Please don't do this, you don't mean it. Oh why wait until the summer ends? Why don't you do it right now?
[pushes Noah against car]
Young Allie: Huh? C'mon. Do it! Do it!
[repeatedly pushes Noah, starts hitting Noah, Noah starts hitting himself]
Young Allie: You know what? I'm gonna do it! It's over. Okay? it's over.
Young Noah: [opens his arms for a hug] Come here.
Young Allie: Don't touch me! I hate you! I hate you!
Young Noah: OK, I'm going.
Young Allie: Why don't you just go then?
[pushes Noah in the car]
Young Allie: Get out! Leave!
[kicks Noah's car]
Young Allie: Go!... No, no, just wait a minute, we're not really breaking up are we? Come on. This is just a fight we're having and tomorrow will be like it never happened right?
[Noah drives away]


Young Allie: Why didn't you write me? Why? It wasn't over for me, I waited for you for seven years. But now it's too late.
Young Noah: I wrote you 365 letters. I wrote you everyday for a year.
Young Allie: You wrote me?
Young Noah: Yes... it wasn't over, it still isn't over
[kisses Allie]


Young Noah: It's not about following your heart and it's not about keeping your promises. It's about security.
Young Allie: What's that supposed to mean?
Young Noah: [yelling] Money. He's got a lot of money!
Young Allie: You smug bastard. I hate you for saying that.
Young Noah: You're bored Allie. You're bored and you know it. You wouldn't be here if you weren't.
Young Allie: You arrogant son of a bitch.
Young Noah: Would you just stay with me?
Young Allie: Stay with you? What for? Look at us, we're already fightin'
Young Noah: Well that's what we do, we fight... You tell me when I am being an arrogant son of a bitch and I tell you when you are a pain in the ass. Which you are, 99% of the time. I'm not afraid to hurt your feelings. You have like a 2 second rebound rate, then you're back doing the next pain-in-the-ass thing.
Young Allie: So what?
Young Noah: So it's not gonna be easy. It's gonna be really hard. We're gonna have to work at this every day, but I want to do that because I want you. I want all of you, for ever, you and me, every day. Will you do something for me, please? Just picture your life for me? 30 years from now, 40 years from now? What's it look like? If it's with him, go. Go! I lost you once, I think I can do it again. If I thought that's what you really wanted. But don't you take the easy way out.
Young Allie: What easy way? There is no easy way, no matter what I do, somebody gets hurt.
Young Noah: Would you stop thinking about what everyone wants? Stop thinking about what I want, what he wants, what your parents want. What do YOU want? What do you WANT?
Young Allie: It's not that simple.
Young Noah: What... do... you... want? Whaddaya want?
Young Allie: I have to go now.